Sekapur Sirih
Bismillahirahmanirahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, laman web Unit Latihan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Hospital bukan sekadar pusat rawatan, malah ia adalah sebuah institusi ilmu yang dinamik. Di HPSF, kami percaya bahawa modal insan yang kompeten adalah tunjang utama kepada kecemerlangan perkhidmatan kesihatan. Sejajar dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi perubatan, warga kerja hospital perlu sentiasa diperkasakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini menerusi latihan yang berterusan.
Kehadiran platform digital ini merupakan satu langkah proaktif Unit Latihan dalam memudahkan akses kepada maklumat latihan, kursus, dan pembangunan profesionalisme bagi seluruh warga HPSF. Saya berharap agar kemudahan ini digunakan sepenuhnya untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning), demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pesakit dan masyarakat setempat.
Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit Latihan atas komitmen dan dedikasi dalam membangunkan laman web ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada transformasi HPSF sebagai sebuah hospital pakar yang cemerlang dan disegani.
Selamat maju jaya.
Pengarah Hospital
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Penolong Pengarah USML
UCAPAN PENOLONG PENGARAH USM
Assalamualikum dan salam sejahtera.
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung laman sesawang Unit Latihan HPSF Muar. Untuk makluman semua pengujung, laman sesawang ini diwujudkan setelah mengambil kira keperluan dan kepentingannya kepada semua anggota HPSF Muar khususnya Penyelaras Latihan HPSF Muar.
Melalui laman sesawang ini, pelbagai maklumat dan borang-borang yang berkaitan di Unit Latihan dapat dicapai, dimuat turun dan dilengkapkan dengan mudah di mana terdapat beberapa borang yang digunakan sebelum ini secara manual telah dikemaskini kepada pengisian atas talian (Online).
Unit latihan berharap agar dengan kewujudan laman sesawang ini yang dijangkakakn akan digunakan sepenuhnya secara rasmi bermula Januari 2020 dapat memberi kesan positif yang paling maksima khususnya dari segi penjimatan masa, penyampaian maklumat, pengedaran maklumat dan yang paling penting ianya dapat mengurangkan penggunaan kertas.
Akhir kata dari saya, gunakanlah laman sesawang ini dengan sebaik yang mungkin kerana ia adalah paltform yang terbaik untuk dikongsikan kepada semua anggota HPSF Muar.
Abdul Rahman bin Abdul Rashid
Penolong Pengarah Kanan (2)
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
Bersama kita tingkatkan profesionalisme perkhidmatan.
SOFT COPY & TEMPLAT
TEMPLAT TERKINI
Untuk makluman semua, Unit Latihan akan mengemaskini Format serta Templat dari semasa ke semasa. Berikut terdapat beberapa Soft Copy dan Template yang telah dikemaskini oleh Unit Latihan:
- Master Soft Copy UL – 2019 (UL2/UL9/UL9/UL13.1/UL18)
- Lampiran A – Borang Permohonan Tugas Rasmi Luar
- Lampiran C – Borang Tuntutan Perjalanan Dan Penginapan
- Templat Kertas Kerja & Borang Permohonan Pembelian
Sehubungan dengan itu, Unit Latihan telah menyediakan satu Sharing Folder agar ianya dapat dicapai oleh semua anggota di HPSF Muar.
BORANG PENILAIAN KURSUS
KAJIAN PENILAIAN KEBERKESANAN KURSUS
Dinilai oleh Ketua Jabatan/Penyelia. Mengkaji Reaksi Pegawai, Pembelajaran, Tingkah Laku & Kemahiran.
Dilengkapkan SELEPAS 3 BULAN kursus dihadiri.
MAKLUMBALAS PESERTA
PENTING: WAJIB jika slot ceramah > 3 JAM.
Dilengkapkan 1 JAM SEBELUM kursus berakhir. Syarat untuk mendapat SIJIL PENYERTAAN.
BORANG PENDAFTARAN
LATIHAN 2 (IPTA/IPTS / CUTI BELAJAR)
1. MAKLUMAT UMUM
Maklumat umum berkaitan IPTA/IPTS dan Cuti Belajar bagi anggota HPSF Muar.
Sila rujuk garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. CUTI BELAJAR
3. IPTA / IPTS
CARTA ORGANISASI UNIT LATIHAN
PROSEDUR-PROSEDUR BERKAITAN
KURSUS ORIENTASI ATAS TALIAN
MODUL ORIENTASI DIGITAL
Selamat datang ke HPSF! Sila lengkapkan modul orientasi atas talian untuk memahami budaya kerja dan peraturan hospital.
Modul ini wajib diisi oleh semua staf baru dan pelatih.
